25Mac lalu, birthday my hubby. Sebab Kaklong masih cuti bersalin so tak sempat pi bandar nak carikan hadiah.
So, pikir punye pikir.. datang la idea nak buat pavlova ni sebab hubby suka la jugak berbanding kek coklat tu..
Sape pernah makan atau buat pavlova?? sedap kan.. tak puas Kaklong makan..Kalau boleh nak je ada selalu kat dalam peti ais tu..hehe
ok ni la yang dinamakan Pavlova..P.A.V.L.O.V.A..sebut betul-betul..bukan Neelofa hokay..hikzz,
Sebenarnya nak buat pavlova ni punya la senang..Bahan pun simple yakmatt. Mesti korang nak resepi dye kan,.?
jap lagi Kaklong bagi..bakbetendang..hehe
Taraaaa,, simple je kan bahan-bahan dye..ni kuantiti bahan yang kaklong guna la sebab nak buat besar. Sebab taw dah kalau buat kecik kompem tak cukop punye. Ni pun Kaklong buat 2 biji taw.
So, resepinya..
7biji telur ayam (Ambik putih telur sahaja..Kaklong pilih gred A)
14sudu gula kastor ( 2sudu untuk setiap sebiji telur)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan whipping cream (untuk topping)
buah-buahan masam(biasa org letak kiwi. Tapi kiwi takde, so kaklong ganti dgn anggur hijau, anggur merah dan strawbery)
Cara-cara untuk buatnya, pertama sekali pastikan stand mixer/ hand mixer bersih dari habuk atau setitik air. Gunakan bekas kaca(pastikan kering), dan telur hanya guna telur putih saja. tak boleh masuk secoet pun telur kuning. Kalau tak, tak menjadi la awak punya meringue
TIPS:
1.letak telur dalam peti ais dulu sehingga sejuk supaya telur kuning tidak pecah.
2. pecahkan perlahan-lahan dalan 1 mangkuk. Kemudian angkat telur kuning menggunakan tangan dan letak ke dalam mangkuk asing. Telur putih terus masukkan ke dalam bekas kaca untuk di blend.
1. pukul telur putih sehingga kembang dan berbuih macam sabun
2. masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga gula habis.
3. Pukul sampai meringue tu jadi putih berkilat. TIPS kalau nak taw jadi ke tak cuba tonggengkan. Kalau meringue tu tak jatuh bermakna anda berjaya...
4. Kemudian masukkan esen vanila supaya tak berbau hanyir
5. Last sekali masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Ada orang add on cuka. Tapi kaklong taknak letak,
dah siap tu letak dalam 1 loyang dan letak baking paper ikot bentuk korang nak.
Letak merigue.
6. Panaskan oven dalam 150'c selama 15minit. Kemudian turunkan kepada 140'c dan bakar selama 1 jam 20 minit..
Ok settle part ni..
dah masak pavlova tu biarkan sejuk dalam oven...jangan keluarkan. Juz buka oven tu sikit je..
Now topping pulak..
untuk buat topping, guna 1/2 cawan whipping cream sahaja udah mencukupi. Jangan banyak2. Nanti tebal pulak topping tu. ( sebab kaklong dah buat terlebih). Boleh pukul dengan spatula dan boleh jugak blend sehingga kental,.then sapu ke atas pavlova.
dah siap touch up cantik-cantik boleh tabur buah-buah. Pastikan pilih buah yang masam sebab pavlova rasa dye masam..kena pulak letak whipping cream. umm ummmhh
Tarraaaaaaaaaaaaaaa..dah siap..
Perghh rasa dye memang wow..x cukop sepotong lagi2 bila makan sejuk2..,kahkah,,
ok selamat mencuba..
Btw, Happy Birthday Abi..
No comments:
Post a Comment